Archive for July, 2009

B.A.N.G.S.A

Semua di antara kita pernah terfikir atau tidak…
Adakah istilah ‘Bangsa’ secara umumnya dan ‘Bangsa Melayu’ khususnya memang wujud dari dahulu lagi?

Di dalam buku “Di Balik Malaysia: Dari Majapahit ke Putrajaya” ada menyatakan bahawa wujudnya pembahagian ‘bangsa’ yang berbeza-beza di Asia adalah hasil ciptaan penjajah dan sebelum ini, seluruh penduduk di rantau ini tidak menganggap mereka berasal daripada sesuatu kaum atau bangsa tertentu. Semua ini adalah hasil daripada idea penjajah yang ingin melaksanakan sistem kolonialisme atau pecah dan perintah. Sememangnya idea ini jika diperinci dengan teliti adalah idea bijak pihak penjajah untuk menjajah sesebuah masyarakat atau negara selama-lamanya, tanpa sebarang tempoh masa yang ditentukan dan tidak akan dapat dilihat dengan mata kasar. Kesannya kita sendiri mampu melihatnya tidak kira dari aspek perundangan, cara pemerintahan dan sebagainya.

Pada masa dahulu tidak wujud perkataan atau istilah ‘bangsa melayu’, ‘bangsa cina’, ‘bangsa india’ dan sebagainya. Selepas kedatangan Baratlah baru penduduk di rantau ini dipecahbelahkan. Jika diperhatikan dengan teliti, tidak ada satu naskhah pun hikayat yang ditulis sebelum abad ke-19 yang menggunakan istilah ‘bangsa’ atau menggelarkan orang di Tanah Melayu sebagai ‘bangsa melayu’ dalam sesuatu hikayat.

Rencana ini bukanlah saya tulis untuk memburukkan bangsa saya sendiri tetapi saya ingin berkongsi dan ingin membuatkan pembaca sama-sama berfikir tentang apa yang saya fikirkan dan sama-samalah kita melangkah keluar dari kotak pemikiran manusia biasa berfikir.

“Sesuatu yang kita fikirkan secara luar biasa pada hari ini mungkin akan menjadi biasa pada masa akan datang”… Lain hari kita bicara. Wassalam

Advertisements

Hello world!

Hello. Assalamualaikum.

Pertama2 kali membuka tinta bicara di WordPress. Satu laman blog yang belum pernah saya terajui lagi dan sehinggalah hari ini. Sebelum ini bergiat aktif di laman blogspot (puterareform.blogspot.com).

Nantikanlah rencana-rencana yang bakal ditulis oleh saya, tidaklah sehebat mana tetapi bak kata orang mampu sedikit sebanyak mengasah minda pembaca 😛

Sekian, nantikan ‘posting’ seterusnya. “Lain hari kita bicara”. Wassalam.