Archive for August, 2009

ASPIRATION AND UNITY

Aspiration and unity. That is what makes up 1Malaysia as a driving force for the nation’s new government initiative to bring together the many races that make up Malaysia. Yet, how effective is this government concept? In order for us to look to the future, we must look to the past. In 1954, Tunku Abdul Rahman, one of our earliest Prime Ministers lead a delegation to London to seek independence for Malaya. For many, independence was a way to free the country from foreign powers that held Malaysia in its grasps. Many did not realize though that with the absence of these foreign powers, the country would be governed by its own people, mainly the many races that make up the nation. With these three main races comprising of the Malays, the Chinese and the Indians, the country of Malaysia was formed giving it a diversely ethnic view by outsiders. On May 13th, 1969, a devastating riot and inter-communal violence took place that shook the nation to its core despite receiving urges as well as public announcements from the government for all races to stand united. Fast forward 40 years into the future. The year is 2009 and the government has created a concept called 1Malaysia urging the citizens of Malaysia regardless of ethnicity to join together to become a nation under one flag. Does this not sound familiar? Have we not tried this approach 40 years ago?

Malaysia may not be as young and inexperienced as it once was, yet the citizens by all accounts seem to make it so. There are still illegal demonstrations being held by individual ethnic races. There are still many demeaning titles still being used to describe other races. Racism will always be a part of Malaysia no matter if it’s 1969 or 2009. The very idea of a nation that is made up of several different races to be joined hand-in-hand is a preposterous concept. Political parties are even divided into ethnic groups and as before are still vying for control of the nation. If the government itself cannot hope to unite its parliamentary leaders under one governing party regardless of ethnicity, how can the people ever hope to save itself from the typical conformity that is racism? Ethnic racism will always be an intricate part of Malaysian culture. Without racism, the main races that make up Malaysia will just be a bland and colorless mix of people. It is the ethnic difference of these races that makes Malaysia interesting and colorful. Holidays in Malaysia are primarily an important time in the calendars of every race in the country. The Malays celebrate Hari Raya, the Chinese celebrate Chinese New Year and the Indians celebrate Thaipusam as well as many other different sub-holidays respectively. These holidays are an excuse for people to congregate and for different ethnic races to mingle around with one another. Yet, at a miniscule sub-level of racism, these ethnic races pride themselves in their celebrations and rarely do they share it with other races. Because of this fact, the celebrations are kept personal and interesting. Imagine if the celebrations were to be made a multi-racial celebration with Chinese New Year sharing similarities with Thaipusam. It would not be a personal and emotionally prideful event. Malaysians pride themselves at being private and the only time that they allow themselves to be referred to in a group is when people are referring them as on nation which are Malaysians.

Up until this day and age, they pride themselves at being referred to by their individual respective races. When a government form is to be filled out, one of the compulsory questions needing to be filled is race. This just goes to show that at a certain level, the government is not yet ready to unite Malaysians under one nation. In a nutshell, Malaysians are a racist bunch of people. And because of that racism they are a better at who they are and what they do thus making the country into what it is today: a third world country that is fast approaching their goal for vision 2020. It is possible to achieve the country’s mission, but it is not possible to disperse the ethnic races and build them again as one nation without racism. Besides, Malaysians do share one common celebration and that is the public holidays.

Advertisements

Keris Sebagai Alter Ego & Kesilapan Perspektif di Kalangan Orang Melayu

Malam tadi aku membaca buku yang aku beli dari kedai buku Harris bertajuk ‘Di Balik Malaysia: Dari Majapahit ke Putrajaya’ tulisan Farish A. Noor dan di dalam buku tersebut ada beliau menulis mengenai keris yang pada masa kini disalah anggap dan pemimpin-pemimpin Melayu mengintepretasikan KERIS itu sebagai simbol perkauman.

Kritis... banyak isu-isu semasa dikupas dan diintepretasi menggunakan sejarah lama Tanah Melayu. (Gambar: Google Image)

Kritis... banyak isu-isu semasa dikupas dan diintepretasi menggunakan sejarah lama Tanah Melayu. (Gambar: Google Image)

Saya sangat tertarik kepada topik berkenaan sehinggakan saya ingin sama2 berkongsi di laman blog ini. Untuk mukadimmahnya, saya menceritakan sejarah asalnya keris itu.

Keris itu pada asalnya berasal semasa zaman Hindu-Buddhisme lagi dan ianya jelas berasal dari India jika

Unik... keunikkan hasil ciptaan keris serta asal-usulnya sangat menarik perhatian masyarakat. (Gambar: Google Image)

Unik... keunikkan hasil ciptaan keris serta asal-usulnya sangat menarik perhatian masyarakat. (Gambar: Google Image)

dilihat daripada perspektif kewujudan keris itu sendiri pada zaman itu. Keris juga bukanlah peralatan untuk berperang pada zaman dahulu. Jika diperhatikan pada jasad keris itu sendiri, berbanding alat lain yang ada pada zaman itu seperti tombak, parang, pedang dan sebagainya, adakah keris sesuai untuk berperang melainkan perlawanan satu lawan satu yang menggunakan senjata yang sama.

Jika diperhatikan pada zaman dahulu, kewujudan keris berkait rapat dengan amalan atau ideologi Tantraisme yang menjadikan keris itu lambang feminine atau kewanitaan kerana ideologi Tantraisme amat mengangkat martabat wanita. Sebab itulah keris dijadikan dua bahagian iaitu mata (hulu) dan sarung. Mata diibaratkan sebagai ‘lelaki’ dan sarungnya adalah ‘wanita’.

Jadi, bagi pencinta dan pengumpul keris atau yang mahir tentang keris berkata bahawa keris tidak boleh sewenang2nya dicabut dari sarungnya dan hanya orang yang tidak arif mengenai keris akan berbuat demikian.

Tetapi sekarang kita lihat, banyak persatuan-persatuan, pertubuhan serta parti-parti berhaluan kanan yang menjadikan senjata terutama keris sebagai lambang yang menunjukkan kononnya kelelakian dan ‘macho’nya mereka untuk membela sesuatu bangsa.

Juga mereka yang sewenang2nya mencabut keris, menghunuskan mata dikhalayak ramai di depan kamera disiarkan di tv. Ini sememangnya menjatuhkan lambang kemegahan keris dan keris yang dilihat sebagai lambang sejagat itu menjadi keris yang mempunyai alter ego dan keris yang melambangkan perkauman yang tidak sepatutnya cuba di bangkitkan lagi di Malaysia ini.

“Sesuatu yang kita fikirkan secara luar biasa pada hari ini mungkin akan menjadi biasa pada masa akan datang”… Sekian lain hari kita bicara. Wassalam.

20,000 SERTAI DEMONSTRASI ANTI-ISA: Mengapa ini terjadi?

SESAK... puluhan ribu manusia berhimpun pada demonstrasi anti-ISA di ibu kota - (gambar malaysiakini.com)

SESAK... puluhan ribu manusia berhimpun pada demonstrasi anti-ISA di ibu kota - (gambar malaysiakini.com)

Seramai 589 orang termasuk 44 remaja bawah umur 18 tahun dan 40 wanita ditangkap perhimpunanmenentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di beberapa tempat di tengah Kuala Lumpur sepanjang hari ini, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah. Perhimpunan dilaporkan bermula awal pagi di tengah ibu kota, iaitu di kompleks membeli-belah SOGO, sekitar Masjid Jamek, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Raja Laut, Dataran Merdeka, di Masjid Negara serta di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut dan dilaporkan berakhir pada lewat petang bertujuan untuk menyerahkan memorendum kepada yang Di-Pertuan Agong untuk membantah ISA serta dalam masa yang sama penyerahan memorendum daripada Gerakan PRO-ISA. Yang amat memeranjatkan saya adalah laporan penangkapan 44 remaja bawah umur 18 tahun ini. Ini menunjukkan bahawa masyarakat kita semakin terbuka minda dan kerajaan sepatutnya melihat ini sebagai satu perkara yang amat serius.

Mengapa ini terjadi??? Bukan peristiwa itu yang menjadi persoalan. Tetapi mengapa masih ada demonstrasi membantah ISA??? Ini bukan demonstrasi pertama yang dilakukan… Mengapa ia terjadi???

Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 yang lebih dikenali dengan akronim nama Bahasa Inggerisnya, Internal Secutity Act (ISA) merupakan akta atau undang-undang tahanan pencegahan yang masih lagi digunakan di Malaysia. Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 sebenarnya dirangka oleh R.H. Hickling pada awalnya. Kemudian ia dijadikan undang-undang pada tahun 1960. Semasa akta itu mula digunakan, ia membenarkan kajian semula, akan tetapi sejak itu, ISA telah dipinda sebanyak lebih daripada 20 kali dan peruntukan ini telah dikeluarkan. Kuasa mutlak telah diberikan kepada Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri membolehkan beliau menangkap sesiapa pun, tanpa merujuk kepada mahkamah.

BERJAGA... Polis beratur memastikan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku - (gambar malaysiakini.com)

BERJAGA... Polis beratur memastikan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku - (gambar malaysiakini.com)

Ramai mereka yang tidak mengetahui cara atau bagaimana penahanan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri ini. Mengikut ISA, sesiapa sahaja boleh ditahan oleh polis selama 60 hari tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang boleh mengancam keselamatan negara atau yang berkaitan dengannya. Selepas 60 hari, seseorang tahanan atau pesalah itu boleh ditahan lagi selama tempoh dua tahun jika diluluskan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, dan sekaligus membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan. Selain itu, penyeksaan merupakan sebahagian daripada kehidupan seharian tahanan ISA dan penyeksaan yang dilaporkan daripada mereka yang pernah menjadi tahanan ISA adalah seperti: dipukul, ditanggalkan pakaian, disoal siasat 24 jam, tidak dibenarkan tidur, ancaman bunuh dan ancaman rogol kepada anak mereka selain dikurung di dalam sel penjara kecil tanpa cahaya dan udara. Semua penyeksaan ini adalah bertujuan untuk menakutkan dan memalukan tahanan bagi membuat tahanan memberi segala maklumat yang diperlukan.

Semenjak tahun 1960 apabila Akta ini dikuatkuasakan, beribu-ribu orang termasuk ahli kesatuan sekerja, pemimpin pelajar, aktivis hak buruh, aktivis politik, golongan agama, ahli akademik dan aktivis badan bukan kerajaan telah ditahan di bawah ISA. Ramai aktivis politik pada masa dahulunya telah ditahan untuk lebih daripada sedekad.

Sememangnya ramai golongan di negara ini yang benar-benar tidak bersetuju dengan adanya akta ini. Tidak hairanlah perhimpunan serta demonstrasi dilakukan berkali-kali mengenai pembubaran akta ini supaya dilakukan kerajaan. Tetapi jika dilihat secara halus, demonstrasi ini tidak perlu dilakukan besar-besaran, sekadar duduk dan berbincang dengan Eksekutif Negara dan kemungkinan permasalahan ini dapt dirungkai sepenuhnya. Tetapi persoalaannya bolehkah ini terjadi?

Melalui pemerhatian saya, tidak mungkin akan berlaku kerana dapat dilihat dengan jelas bahawa Kerajaan Pusat tidak akan menghapuskan ISA. Tetapi jika kita lihat dengan lebih dalam berdasarkan sejarah

WAJAR... masih menjadi tanda tanya relevan atau tidak pada masa kini - (gambar google)

WAJAR... masih menjadi tanda tanya relevan atau tidak ISA pada masa kini - (gambar google)

lepas, ISA pada masa kini yang gunakan kerajaan sudah lari daripada landasan agenda sebenar penubuhan akta ini. Penubuhan akta ini adalah disebabkan perselisihan kaum yang berlaku di Malaysia. Tetapi pada masa kini ianya digunakan sewenang-wenangnya sehinggakan penulis blog yang hanya meluahkan pendapat beliau yang penuh dengan fakta  dan isi yang benar ditahan dan meringkuk akibat akta ini. Saya sendiri tidak bersetuju dengan cara ISA ini serta relevannya ISA pada zaman ini yang juga dikritik hebat oleh kuasa-kuasa barat. Ini kerana, bagi saya yang masa depan sebagai seorang wartawan, apa yang saya mahukan adalah kebebasan dalam media dapat dipertingkatkan  di negara ini. Ini kerana, bagi saya, kebebasan media merupakan salah satu aset untuk memajukan negara. Mengapa negara-negara yang mengamalkan kebebasan media masih boleh berdiri tegak?

Bagi saya akta seperti ISA ini boleh dilaksanakan tetapi harus diubah cara pelaksanaannya. Seperti penahanan 60 hari tanpa bicara itu tidak perlu bagi saya kerana dalam negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen ini, rakyat berhak menyuarakan hak mereka dan jika mereka benar-benar bersalah, berikan mereka ruang untuk mereka bersuara tidak kira melalui mahkamah, atau medium lain untuk mereka membuktikan atau menjelaskan perkara sebenarnya. Bukan dengan hanya menangkap, campakkan mereka ke tahanan dan diam begitu sahaja.

Kerajaan melalui kementerian berkaitan perlu segera mencari serta menyediakan penjelasan yang sewajarnya yang mampu mengembalikan semula keyakinan rakyat dalam proses menjadikan Malaysia negara maju serta merealisasikan konsep SATU Malaysia yang sedang heboh diperkatakan. Sememangnya selagi tidak ada persidangan meja bulat antara Eksekutif Negara serta Eksekutif Pembangkang, isu ini bagi saya akan berlanjutan hampir 50 tahun akan datang.

“Sesuatu yang kita fikirkan secara luar biasa pada hari ini mungkin akan menjadi biasa pada masa akan datang”… Sekian lain hari kita bicara. Wassalam.

ONE MALAYSIA

 

One... New concept by our Prime Minister

One... New concept by our Prime Minister-google

 Yes, thats a new campaign which I hope could help educate my audience, the internal audience on the downstream of the 1Malaysia concept.

As far as this particular ministry is concerned, I like to put in a small piece (as my contribution) into the big picture — that 1Malaysia Begins From 1Region. After all, we are Ministry of Rural and Regional Development…

Hence, We are 1 Region, 1Malaysia…1Malaysia Begins From 1Region…

Lambatnya Kerajaan Menangani H1N1

 

Kematian demi kematian dilaporkan, puluhan demi puluhan kes bertambah saban hari. Di dada akhbar, segalanya membuat perkiraan mengenai jumlah peningkatan pesakit yang meghidap Influenza A (H1N1). Rakyat Malaysia sudah menjadi takut dan phobia dengan virus ini yang semakin menular bukan sahaja di Malaysia malah di serata Dunia.

CEGAH... pemakaian topeng muka antara langkah pencegahan H1N1

CEGAH... Pemakaian topeng muka antara langkah mencegah H1N1-google

Namun persoalannya kini, apa langkah yang dilakukan kerajaan? Hanya menyatakan bahawa rakyat tidak perlu risau dengan virus ini kerana ianya boleh dikawal dan boleh dicegah. Bermula daripada kes kematian pertama di Malaysia, kerajaan melalui Kementerian Kesihatan sepatutnya mewajibkan pemakaian topeng muka terhadap semua rakyat di negara ini. Jangan sampai kematian mencapai tahap yang membimbangkan barulah kerajaan akan mengambil tindakan drastik seperti kes runtuhan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Terengganu.

Harapan semoga kerajaan mengambil berat terhadap isu dan fenomena ini dengan melaksanakan segala langkah yang perlu untuk mencegah daripada awal.

“Apa yang kita fikirkan secara luar biasa hari ini mungkin akan menjadi biasa pada masa akan datang”… Lain hari kita bicara… Wassalam.