Archive for January, 2010

Emosi + B*D*H = Kehancuran

Bertindak tanpa menggunakan akal… Itulah yg boleh saya katakan kepada ‘mereka’ yang bertindak mencipta keadaan huru-hara di serata Malaysia… Apa yg Rasulullah ajar selama ni? Rasul sendiri tidak pernah membakar rumah ibadat orang bukan Islam malah mendoakan kesejahteraan mereka yang mengkeji Islam serta berharap satu hari mereka terbuka hati memeluk Islam…

tapi org ‘Islam’ di Malaysia… Belajar saja Islam… Baca Al-Quran (walaupun ada yang tak pernah)… tapi seolah2 tidak pernah tahu Islam itu bagaimana… Sejarah Rasulullah S.A.W menyampaikan Islam serta memperluaskan Islam di serata tanah Arab… Ada ke kejadian bakar gereja?? Kejadian perhimpunan membantah??? Bahkan perkara ini ditegah Rasulullah…

Fikir-fikirkanlah… Jangan jadi lalang… Jadilah MELAYU yg beridentiti… Wasslam.

Advertisements

KONTROVERSI KALIMAH ‘ALLAH’: Dapatkah 1Malaysia dipraktikkan atau sekadar diperkotak-katikkan?

Hari ini saya melihat semua dada-dada akhbar nasional, tabloid semuanya masih memperlihatkan isu yang semakin menjadi luka yg parah di negara ini iaitu isu penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam majalah Harold-The Catholic Weekly dan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tentang isu ini.

Antara komen Che Det dalam blognya…

1. Ingin saya terangkan secara lebih terperinci pendapat saya berkenaan kegunaan kalimah “Allah” untuk agama yang bukan Islam.

2. Sebenarnya kontroversi ini bermula di waktu saya masih Perdana Menteri. Pendapat Kabinet pada masa itu ialah kegunaannya dalam kitab Injil adalah perkara yang sensitif. Perkara yang sensitif seperti ini tidak boleh diselesaikan dengan hanya merujuk kepada undang-undang.

3. Sebagai perbandingan agak mudah dirujukkan perkataan “kaum pendatang” kepada mahkamah, Tetapi ia adalah sesuatu yang sensitif yang tidak dapat diselesaikan oleh undang-undang.

4. Penyelesaian kontroversi berkenaan kalimah “Allah” juga tidak boleh dicapai dengan membuat rayuan kepada mahkamah rayuan. Undang-undang tidak mengambilkira soal sensitif atau tidaknya sesuatu, soal mencetuskan ketegangan dan permusuhan antara penganut-penganut agama yang berlainan. Undang-undang mengutamakan maksud undang-undang sahaja.

5. Sebenarnya kalimah “Allah” tidak terdapat dalam kitab Taurat atau Talmud Hebrew atau kitab Injil Kristian dalam bahasa Latin, Greek atau bahasa-bahasa Eropah. Nama bagi Tuhan dalam bahasa yahudi ialah “Yahweh“, yang diterjemahkan kepada bahasa Inggeris sebagai “Jehovah”.

6. Dalam kitab Injil, Jesus (Isa) dan God adalah sama. Tidak ada kalimah Allah dalam kitab Injil dalam bahasa-bahasa yang disebut di atas.

7. Dalam usaha menerangkan agama Kristian di kalangan orang Islam atau masyarakat yang mahir dengan agama Islam, perkataan God diterjemah kepada “Allah” supaya mudah difaham oleh pendengar.

8. Mungkin juga kalimah “Allah” dapat menyamakan agama Kristian dengan agama Islam kerana menyembah Tuhan yang sama. Dengan ini penerimaan agama Kristian oleh orang Islam boleh jadi lebih mudah. Terjemahan ini salah. Sepatutnya perkataan “Tuhan” digunakan untuk God.

9. Tetapi dalam agama Kristian terdapat konsep “Trinity” yang mana terdapat “God the Father, God the Son and the Holy Ghost”. Jika dalam bahasa Melayu terdapat dalam kitab Injil atau syarahan berkenaan “Allah sebagai Bapak, Allah sebagai Anak dan Roh yang Suci”, maka tentulah ini akan ditentang oleh orang Islam. Dalam Islam Allah tidak ada bapak, tidak ada anak. Ia tidak dilahirkan dan Ia tidak melahirkan sesiapa. Allah hanya satu. Ia tidak boleh disekutu dengan sesiapa.

10. Di Amerika Syarikat, orang Kristian yang sudah tidak teguh iman biasa berkata dan menulis, “God is dead”. Apakah perasaan orang Islam apabila ini diganti denagn “Allah is dead”?

11. Di Semenanjung Malaysia kita tidak pernah mendengar orang Kristian menggunakan kalimah “Allah” apabila bercakap berkenaan God dalam bahasa Melayu. Kenapa pula kita sekarang akan mengguna kalimah ini?

12. Saya harap pihak Kerajaan berhati-hati dalam perkara ini supaya negara berbilang agama yang aman ini tidak menjadi tegang dan tidak stabil secara berterusan. Wallahua’lam.

Saya agak bersetuju dengan apa yg dikatakan Che Det dan selain memperlihatkan langkah kerajaan menangani isu ini, ia dilihat sebagai satu cabaran buat Datuk Seri Najib, di mana konsep 1Malaysia yang diilhamkannya dan menjadikan tahun 2010 sebagai tahun pemantapan konsep tersebut mungkin hanya tinggal harapan jika langkah yang ‘bodoh’ masih lagi dilakukan kerajaan.

Jika ISA adalah cara terbaik, gunakannya… jangan hanya menggunakan ISA utk menghukum pesalah-pesalah yang tidak ada kena mengena dalam tuntutan ISA… Tetapi saya berharap kerajaan tidak hanya berharap pada ISA… Apa tidaknya… ada sahaja masalah terus diheret ke ISA… Pada saya, bermusyawarah dan mencari jalan penyelesaian adalah lebih baik daripada bertindak dan terus berdiam diri.

Saya percaya dengan pelbagai insiden baru seperti pembakaran rumah ibadat yang berlaku di Kuala Lumpur tempoh hari adalah antara permulaan bibit-bibit persengketaan antara kaum. Apa pula yg berlaku selepas ini..?? Kepada rakyat Malaysia, fikirlah sebaik-baiknya… Kita bukan hidup di zaman penjajah… buanglah sikap ‘assabiyah’ yang  melampau itu. Kita tidak perlu berjuang untuk bangsa kerana pemimpin kita dari bangsa kita sendiri.

Mereka yang berjuang untuk bangsa mereka sebenarnya berfikir bahawa pemimpin mereka sendiri tidak mampu memperjuangkan bangsanya. Terimalah hakikat yang Malaysia terdiri dari pelbagai kaum. Bagaimana untuk hidup dengan satu bangsa sahaja sedangkan hidup dengan pelbagai bangsa masih tidak boleh mencari jalan ‘pulang’. Fikir sejenak… Renungkan bersama… Wassalam.