Archive for May, 2010

ISU PEMBERONTAKKAN DI BANGKOK: sudah ada contoh di Malaysia

Saya melihat isu pemberontakkan Pejuang Baju Merah yang kian meruncing di ibu kota Bangkok sama seperti yang berlaku di Perak suatu ketika dahulu… Tapi di Perak tidak berlaku pemberontakkan kerana di Malaysia tidak mengamalkan demokrasi sepenuhnya seperti di Thailand.

Lihat sahaja bagaimana kerajaan di sana membenarkan rakyat berhimpun serta menyuarakan pendapat… mendesak kerajaan serta memberi tekanan secara berhimpun beramai2… Ini menunjukkan demokrasi sebenar, cuma apabila ianya berlarutan dan semakin teruk, kerajaan Thailand terpaksa menggunakan kekerasan.

Di Malaysia tidak boleh begini... Semuanya akan Kemunting Kelak

Sama sahaja pokoknya: rakyat mahu bersuara untuk mengadakan pilihanraya semula bagi memilih pemimpin yang mereka mahukan dan percaya. Penyelesaiannya mudah sahaja samada di Perak dahulu mahupun buat Abhisit Vejajiva, iaitu: Pilihanraya semula.

Jika kita perhatikan sekarang rakyat di Thailand mahu Raja mereka campur tangan dalam politik yang bergolak di negara mereka. Di Perak juga sudah melibatkan sistem Raja di mana pihak tertentu telah melibatkan institusi Di Raja dalam merampas kuasa di negeri tersebut. Ternyata situasi yang berlaku sama cuma yang membezakannya adalah ianya berlaku dalam saiz kelompok yang berbeza.

Kriris politik di Thailand hanya mampu dileraikan dengan membubarkan parlimen serta mengadakan emula pilihanraya agar kehendak rakyat dapat ditunaikan secara adil dan demokrasi…

Fikir2kan…

Tentera menjadi benteng terakhir Abhisit Vejajiva... namun dalang disebalik krisis ini juga bekas General tentera

PILIHANRAYA KECIL SIBU: Kesan tsunami politik atau kesedaran rakyat sendiri

Analisis Keputusan Pilihanraya Kecil Parlimen Sibu

Semalam jam 10.58 minit malam Pengerusi SPR mengumumkan bahawa Calon DAP yang bertanding untuk pilihanraya kecil Parlimen Sibu, Wong Ho Leng menang dengan jumlah undi 18 845 mengalahkan calon BN dengan majoriti 398.

Walaupun media berhempas pulas dengan propaganda serta ‘agenda setting’ yang 100% dilaksanakan dengan cemerlang, tidak sedikit pun dapat mengotori minda rakyat bahkan membuatkan rakyat lebih sedar serta terbuka dengan tindakan ini. Semakin hari isu ahli parti keluar parti semakin tidak diendahkan .

Spekulasi bahawa orang Sabah Sarawak mula merasai tsunami politik di semenanjung semakin jelas kelihatan.
Namun adakah kemenangan ini menjanjikan pihak pembangkang bahawa mereka mampu menakluki Sabah Sarawak yang sememangnya menjadi kubu kuat BN? Ini tidak mustahil…

Politik mampu membawa perubahan jika cara yang digunakan betul serta tepat.

WARTAWAN: ANTARA MELAPOR DAN MENGANALISIS

Assalamualaikum… Setelah sekian lama menyepi kerana sibuk dengan pelajaran, syukur saya dapat meneruskan hasil tulisan saya dalam blog ini…

Wartawan sememangnya diketahui umum tugasnya iaitu melaporkan apa yang berlaku kepada pembaca. Persoalan samada apa yang dilaporkan itu sahih atau hanya sekadar ‘agenda setting theory’, itu boleh dikupaskan dalam isu yang berlainan.Tetapi ada perbezaan antara melapor serta menganalisis apa yang dilaporkan.

Wartawan yang baik mampu melapor serta menganalisis isu yang dikupas atau ditulis. (1)Lapor dan (2)analisis adalah dua perkara berbeza yang harus dikuasai wartawan masa kini. Ini disebabkan kebanyakkan mereka tidak banyak yang melakukan perkara kedua iaitu menganalisis.

Analisis merupakan satu kemahiran serta dapat menguji samada wartawan itu benar-benar faham isu yang dilaporkan serta mampu mengeluarkan pendapat sendiri serta mengkritik secara membina terhadap isu yang dikupas.

Wartawan perlu memainkan peranan sepenuhnya bukan hanya sekadar melakukan tugas hanya untuk melepaskan diri daripada dimarah Editor. 😉