KONTROVERSI KALIMAH ‘ALLAH’: Dapatkah 1Malaysia dipraktikkan atau sekadar diperkotak-katikkan?

Hari ini saya melihat semua dada-dada akhbar nasional, tabloid semuanya masih memperlihatkan isu yang semakin menjadi luka yg parah di negara ini iaitu isu penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam majalah Harold-The Catholic Weekly dan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tentang isu ini.

Antara komen Che Det dalam blognya…

1. Ingin saya terangkan secara lebih terperinci pendapat saya berkenaan kegunaan kalimah “Allah” untuk agama yang bukan Islam.

2. Sebenarnya kontroversi ini bermula di waktu saya masih Perdana Menteri. Pendapat Kabinet pada masa itu ialah kegunaannya dalam kitab Injil adalah perkara yang sensitif. Perkara yang sensitif seperti ini tidak boleh diselesaikan dengan hanya merujuk kepada undang-undang.

3. Sebagai perbandingan agak mudah dirujukkan perkataan “kaum pendatang” kepada mahkamah, Tetapi ia adalah sesuatu yang sensitif yang tidak dapat diselesaikan oleh undang-undang.

4. Penyelesaian kontroversi berkenaan kalimah “Allah” juga tidak boleh dicapai dengan membuat rayuan kepada mahkamah rayuan. Undang-undang tidak mengambilkira soal sensitif atau tidaknya sesuatu, soal mencetuskan ketegangan dan permusuhan antara penganut-penganut agama yang berlainan. Undang-undang mengutamakan maksud undang-undang sahaja.

5. Sebenarnya kalimah “Allah” tidak terdapat dalam kitab Taurat atau Talmud Hebrew atau kitab Injil Kristian dalam bahasa Latin, Greek atau bahasa-bahasa Eropah. Nama bagi Tuhan dalam bahasa yahudi ialah “Yahweh“, yang diterjemahkan kepada bahasa Inggeris sebagai “Jehovah”.

6. Dalam kitab Injil, Jesus (Isa) dan God adalah sama. Tidak ada kalimah Allah dalam kitab Injil dalam bahasa-bahasa yang disebut di atas.

7. Dalam usaha menerangkan agama Kristian di kalangan orang Islam atau masyarakat yang mahir dengan agama Islam, perkataan God diterjemah kepada “Allah” supaya mudah difaham oleh pendengar.

8. Mungkin juga kalimah “Allah” dapat menyamakan agama Kristian dengan agama Islam kerana menyembah Tuhan yang sama. Dengan ini penerimaan agama Kristian oleh orang Islam boleh jadi lebih mudah. Terjemahan ini salah. Sepatutnya perkataan “Tuhan” digunakan untuk God.

9. Tetapi dalam agama Kristian terdapat konsep “Trinity” yang mana terdapat “God the Father, God the Son and the Holy Ghost”. Jika dalam bahasa Melayu terdapat dalam kitab Injil atau syarahan berkenaan “Allah sebagai Bapak, Allah sebagai Anak dan Roh yang Suci”, maka tentulah ini akan ditentang oleh orang Islam. Dalam Islam Allah tidak ada bapak, tidak ada anak. Ia tidak dilahirkan dan Ia tidak melahirkan sesiapa. Allah hanya satu. Ia tidak boleh disekutu dengan sesiapa.

10. Di Amerika Syarikat, orang Kristian yang sudah tidak teguh iman biasa berkata dan menulis, “God is dead”. Apakah perasaan orang Islam apabila ini diganti denagn “Allah is dead”?

11. Di Semenanjung Malaysia kita tidak pernah mendengar orang Kristian menggunakan kalimah “Allah” apabila bercakap berkenaan God dalam bahasa Melayu. Kenapa pula kita sekarang akan mengguna kalimah ini?

12. Saya harap pihak Kerajaan berhati-hati dalam perkara ini supaya negara berbilang agama yang aman ini tidak menjadi tegang dan tidak stabil secara berterusan. Wallahua’lam.

Saya agak bersetuju dengan apa yg dikatakan Che Det dan selain memperlihatkan langkah kerajaan menangani isu ini, ia dilihat sebagai satu cabaran buat Datuk Seri Najib, di mana konsep 1Malaysia yang diilhamkannya dan menjadikan tahun 2010 sebagai tahun pemantapan konsep tersebut mungkin hanya tinggal harapan jika langkah yang ‘bodoh’ masih lagi dilakukan kerajaan.

Jika ISA adalah cara terbaik, gunakannya… jangan hanya menggunakan ISA utk menghukum pesalah-pesalah yang tidak ada kena mengena dalam tuntutan ISA… Tetapi saya berharap kerajaan tidak hanya berharap pada ISA… Apa tidaknya… ada sahaja masalah terus diheret ke ISA… Pada saya, bermusyawarah dan mencari jalan penyelesaian adalah lebih baik daripada bertindak dan terus berdiam diri.

Saya percaya dengan pelbagai insiden baru seperti pembakaran rumah ibadat yang berlaku di Kuala Lumpur tempoh hari adalah antara permulaan bibit-bibit persengketaan antara kaum. Apa pula yg berlaku selepas ini..?? Kepada rakyat Malaysia, fikirlah sebaik-baiknya… Kita bukan hidup di zaman penjajah… buanglah sikap ‘assabiyah’ yang  melampau itu. Kita tidak perlu berjuang untuk bangsa kerana pemimpin kita dari bangsa kita sendiri.

Mereka yang berjuang untuk bangsa mereka sebenarnya berfikir bahawa pemimpin mereka sendiri tidak mampu memperjuangkan bangsanya. Terimalah hakikat yang Malaysia terdiri dari pelbagai kaum. Bagaimana untuk hidup dengan satu bangsa sahaja sedangkan hidup dengan pelbagai bangsa masih tidak boleh mencari jalan ‘pulang’. Fikir sejenak… Renungkan bersama… Wassalam.

Advertisements

PATUTKAH BLOGGER MENJADI KURANG AJAR?

Saya pernah terfikir adakah blogger ini pesalah di sisi undang-undang ataupun mereka yang menulis blog ini seorang PENJENAYAH? Semua persoalan ini timbul semasa saya masih baru lagi dalam dunia ‘blogger’ ini. Saya sendiri telah menulis laman blog sendiri (walaupun dah lama tak update) mengenai pandangan saya terhadap sosio-politik negara serta isu-isu semasa dalam Malaysia. Pelbagai maklumat telah saya dapat daripada penulisan blog. Juga beberapa peristiwa yang ‘menghilangkan selera’ saya untuk lebih aktif di dalam penulisan blog seperti penangkapan Raja Petra Kamarudin serta beberapa isu blogger-blogger lain…

Semakin bertambah... Pengguna laman blog semakin hari semakin bertambah kerana kesedaran mengenai kepentingannya

Semakin bertambah... Pengguna laman blog semakin hari semakin bertambah kerana kesedaran mengenai kepentingannya

Blog sememangnya menjadi medium untuk mereka menyuarakan pendapat dan luahan isi hati dengan bebas tanpa ditapis daripada mana-mana pihak. Kepentingan blog telah mula disedari masyarakat terutama kepada mereka yang minat akan penulisan-penulisan bebas. Kerajaan juga kini menyedari bahawa kepentingan blog tidak boleh dinafikan lagi dan mereka cuba memeperluaskan penggunaan blog dalam pelbagai bidang.

Pertama sekali apa yang kita perlu faham adalah:

Apa fungsi blog itu dicipta? Blog direka bagi mereka yang gemar melayari dunia siber atau mereka yang gemar menulis dan mahukan apa yang mereka tulis dikongsi bersama mereka di laman siber. Jadi blog adalah tempat mereka bersuara menggunakan cara mereka tersendiri untuk bersuara tentang pendapat masing-masing tidak kiralah mengenai sosio politik, ekonomi, hobi, hiburan mahupun kisah peribadi. Terpulang kepada mereka yang ‘mendengar’ suara itu mahu menerimanya ataupun tidak.

Siapa yang menggunakan blog? Mereka yang menggunakan blog adalah terdiri daripada golongan berpengaruh atau daripada hanya seorang kanak-kanak yang suka bermain ‘Playstation’. Di Malaysia umpamanya telah ramai mereka yang mempunyai blog peribadi tidak kiralah dari golongan ahli politik, remaja, dewasa, golongan ibu dll. Kita perlu faham setiap golongan dan individu mempunyai cara atau pandangan mereka sendiri dalam sesuatu agenda atau pun isu….

Apa yang mereka tulis?Kebannyakkan mereka menulis tentang kisah peribadi, pendapat terhadap sesuatu isu ataupun berkongsi idea antara satu sama lain. Jadi blog merupakan medium bagi mereka untuk

Mungkin bagi mereka menulis secara formal (saya suka menulis secara formal) adalah lebih ‘skema’ dan bosan, mereka akan menulis dengan gaya yang lebih ‘kasar’ atau terbuka. Namun kita tidak boleh menyalahkan mereka atau mengatakan mereka kurang ajar kerana itu adalah cara mereka dan jika kita tidak suka cara itu, cari saja blog yang memenuhi citarasa anda. Di dunia ini ratusan blog untuk dibaca, tak mungkin satupun tidak kena dengan citarasa masing-masing.

Terpulang kepada individu itu sendiri samada mahu membaca blog atau tidak serta menilainya baik atau buruk.

Terpulang kepada individu itu sendiri samada mahu membaca blog atau tidak serta menilainya baik atau buruk.

Kesimpulannya patutkah blogger itu menjadi kurang ajar atau tidak terpulang kepada blogger itu sendiri bagaimana hendak ‘mencorakkan’ blog mereka untuk tatapan umum dan bagi mereka, pembaca-pembaca blog, jangan mudah mengatakan penulis blog kurang ajar atau tidak sopan kerana mungkin itu cara beliau menulis blog atau , meluahkan pendapat mereka. Saya juga kadang kala menulis mengikut ‘mood’… Jika elok maka elok dan jika tidak maka sebaliknya.

Antara blog kegemaran saya:

http://bagindareformasi.blogspot.com/

http://chedet.co.cc/chedetblog/

http://utarawan.blogspot.com/

THE MALAYSIAN FLAG ON F1 CIRCUIT

IT’S noteworthy that Lotus – an arm of Proton Berhad –had beaten off competition from the Swiss-based BMW Sauber to be named as the 13th team to compete in next year’s Formula One World Championship.

The motor sport’s governing body, Federation Internationale de I’Automobile (FIA) gave a thumb’s up to the Malaysian bid.

An FIA press statement issued on Sept. 15 in Paris said: “Following an intensive selection and due diligence process, the FIA has awarded the 13th entry in the 2010 FIA Formula One World Championship to the Lotus F1 Team”

The statement named 1Malaysia F1 Team Sdn Bhd as the owner of the team. The team name is Lotus F1 Team, the country of origin is Malaysia and Team Principal is Tony Fernandes.

Dream come true... Prime Minister Najib Abdul Razak today announced that Malaysia will participate in the FIA Formula One world championship through its own racing team - 1Malaysia F1 Team, starting from 2010.

Dream come true... Prime Minister Najib Abdul Razak today announced that Malaysia will participate in the FIA Formula One world championship through its own racing team - 1Malaysia F1 Team, starting from 2010.

The FIA said the team is a partnership between the Malaysian Government and a consortium of Malaysian entrepreneurs, 1Malaysia F1 Team returns the Lotus name as a constructor to Formula One for the first time since 1994.

The team will initially be based at the RTN facility in Norfolk, UK, some 10 miles from the Lotus Cars factory. A 50,000-sq ft fully equipped facility, RTN was built by Toyota for its initial Formula One programme and then used by Bentley for its successful Le Mans programme.

The team’s future design, R&D, manufacturing and technical centre will be purpose built at Malaysia’s Sepang International Circuit.

I’ve always maintained that participating in international sporting events as team owners and sponsors are good for the country’s image.

But in the case of the Lotus F1 Team, its relevance goes beyond that. It’s the continuation of our capacity building efforts in the automotive industry.

It’s going to be a costly and challenging undertaking, but it’s a worthwhile one given the fact that Lotus used to be one of the most successful racing team in history and has been a Proton’s subsidiary since 1994

The FIA statement said the Lotus team, which competed in F1 from 1958 through to 1994, would be backed by 1Malaysia F1 Team Sdn Bhd, a partnership between the Malaysian government and a consortium of Malaysian entrepreneurs.

“This is not only a dream, it is a reality. Malaysia is part of Formula One and we are determined to do our best to make our mark in this arena,” Malaysian Prime Minister Najib Razak said from Kuala Lumpur.

New Model... Prime Minister Najib Abdul Razak today announced that Malaysia will participate in the FIA Formula One world championship through its own racing team - 1Malaysia F1 Team, starting from 2010

New Model... 1Malaysia F1 Team will have a start-up capital of RM168 million while the team's baseline annual budget is estimated at RM308 million.

“I believe this is a meaningful development that will boost Malaysia’s image,” he said.

The FIA statement added that Tony Fernandes, the founder and CEO of the Malaysian-based Tune Group, owner of the Air Asia airline, would be team principal.

The role of technical director falls to Mike Gascoyne, who has more than 20 years of experience in Formula One having previously performed the same role for the Force India, Toyota, Renault and Jordan Formula One teams.

The F1 official website meanwhile quoted Gascoyne as saying that Lotus aim to be the best of the four new teams entering Formula One racing next season.

It’s heart warming to know that the Malaysian brands will remain in F1. Petronas is a partner in the BMW Sauber team, which had announced withdrawal from the event from next year. AirAsia is a sponsor of the William’s F1 Team.

The FIA, however, awarded BMW Sauber the ’14th place’ in the Championship meaning that it will be entitled to fill any vacancy that arises on the 2010 grid.

For their brave move, I congratulate the companies and individuals involved in this grand scheme. It’s a visionary move. More so when some small-minded people in the previous administration had suggested that Lotus be sold like they did with M V Agusta.

I am sure we can all benefit from this bold move, as F1 is one of the most prestigious and widely televised sporting events in the world and the technologies that go into it are among the world’s most sophisticated.

More infrormation about Malaysian F1 Team… Click this

JANGAN SESEKALI MEMBELAKANGI RUKUN NEGARA

 

MAJU... dalam era pembangunan segala aspek tidak boleh dipandang remeh dan perlu diteliti dengan mendalam.

MAJU... dalam era pembangunan segala aspek tidak boleh dipandang remeh dan perlu diteliti dengan mendalam.

Iklim politik Malaysia pada ketika ini boleh saya katakan tidak menentu… sekejap luruh… sekejap kemarau dan sekejap dilitupi salji tebal… Namun apa yang saya hendak bicarakan di sini adalah kita sendiri mampu mengubah ketidaktentuan iklim politik di Malaysia .!

Bagaimana kita sebagai rakyat dapat meredakannya??? Sebagai rakyat biasa sudah tentu kita hanya mampu menulis dan memberi pendapat seperti ini… siapa pun tak mahu mendengarnya… Jadi kesimpulannya mereka-mereka di atas sana atau di ‘putrajaya’ sana yang mampu meredakan iklim ini… Jadi mereka-mereka yang dipilih oleh kita inilah yang boleh mengubahnya dan dengan adanya kita (rakyat) sebagai penggerak kepada mereka-mereka di atas ini.

Harapan saya agar pejuang-pejuang politik Malaysia kita berubah dengan sebaik-baiknya…Kembalikan zaman kegemilangan pejuang-pejuang politik terdahulu… BUANG lah istilah ‘Politik menghalalkan cara’ kerana bagi aku istilah itu menghalalkan Melayu menindas Melayu dan akhirnya Melayu sendiri yang menerima kesannya.

Kenapa tidak boleh kita mengamalkan politik yang bersih?? Perlu ke wang itu menjadi agenda pertama dalam perjuangan politik masing-masing? Mana pergi janji membela bangsa dan negara ketika bersungguh-sungguh memancing undi atau mereka ini hanya nakkan kerusi untuk menyapu bersih hak-hak rakyat.?

Saya harap semua pejuang politik Melayu kembali lah ke jalan yang betul… RUKUN NEGARA yang lima itu jangan dilupakan. Jadikan ia sebagai panduan :

1. Kepercayaan Kepada Tuhan
2. Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
3. Keluhuran Perlembagaan
4. Kedaulatan Undang-Undang
5. Kesopanan dan Kesusilaan

 LUPA... kebiasaannya selepas meninggalkan zaman persekolahan, perkara yang lima ini lupus dalam ingatan.

LUPA... kebiasaannya selepas meninggalkan zaman persekolahan, perkara yang lima ini lupus dalam ingatan.

 

Adakah kita semua mengamalkan semua rukun negara yang lima ini??? Kemana hilangnya semua itu jika mahu menjadikan negara Malaysia sebagai negara yang hebat di mata dunia.

Jawapan kepada semua isu yang berlaku di Malasyia ketika ini mudah sahaja bagi aku… KERANA KITA MEMBELAKANGKAN RUKUN NEGARA YANG LIMA INI.

 

 “Sesuatu yang kita fikirkan secara luar biasa pada hari ini mungkin akan menjadi biasa pada masa akan datang”…

Sekian lain hari kita bicara. Wassalam.

 Antara langkah kerajaan terdahulu meningkatkan penghayatan terhadap Rukun Negara:

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0128&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm&arc=hive

Antara pautan yang memberi penjelasan tentang Rukun Negara:

http://apacerita.com/mulakan-harimu-dengan/

 

AGAMA TIDAK BOLEH DIPOLITIKKAN

Petang tadi seorang sahabat bertanya dan membincangkan mengenai topik ini:  ‘Agama Tidak Boleh Dipolitikkan’.

Hmm… Sangat2 menarik topik ini saya fikir jika dibahaskan di parlimen atau pun di program ‘HUJAH’ di TV9 ataupun ‘Al-Kuliyyah’ di TV3. Ini adalah sedikit ulasan saya untuk topik tersebut…

1. Agama… merupakan satu fahaman dan pegangan hidup… Sebagai contoh Islam yang menjadi pegangan dan amalan seperti solat dan sebagainya. Manakala politik pula merupakan ideologi yang berubah dari masa ke semasa… Contohnya UMNO memperjuangkan bangsa Melayu, tetapi berbeza dengan PAS yang memperjuangkan agama untuk negara, dan MIC serta MCA untuk memperjuangkan kaum masing-masing.

2. Menerusi maksud politik itu sendiri iaitu jatuh-menjatuhkan atau tipu helah, contra atau bertentangan kepada agama bagi setiap agama. Tidak ada agama yang mendidik pengikut mereka menipu atau jatuh-menjatuhkan orang lain.

3. Agama sudah termaktub di dalam Al-Quran bagi umat Islam dan dalam Islam, jika ianya betul, betullah ia dan jika salah, salahlah juga perkara itu… Tetapi politik berbeza… Kebanyakkan ahli politik mengamalkan ini>>> “POLITIK MENGHALALKAN CARA”. Jadi setiap yang salah boleh dijadikan betul dan yang betul boleh disalahkan. Ini amat jelas sangat2 bertentangan dengan agama sebagai pegangan dan amalan hidup.

Kesimpulannya di sini… Agama sememangnya tidak boleh dipolitikkan tetapi agama boleh digunakan untuk kebaikan dalam berpolitik atau cara berpolitik mengikut Islam. Ini kerana nabi Muhammad S.A.W sendiri berpolitik tetapi landasannya adalah berpandukan pada Al-Quran dan Al-Sunnah.

“Sesuatu yang kita fikirkan secara luar biasa pada hari ini mungkin akan menjadi biasa pada masa akan datang”…

Sekian lain hari kita bicara. Wassalam.

ASPIRATION AND UNITY

Aspiration and unity. That is what makes up 1Malaysia as a driving force for the nation’s new government initiative to bring together the many races that make up Malaysia. Yet, how effective is this government concept? In order for us to look to the future, we must look to the past. In 1954, Tunku Abdul Rahman, one of our earliest Prime Ministers lead a delegation to London to seek independence for Malaya. For many, independence was a way to free the country from foreign powers that held Malaysia in its grasps. Many did not realize though that with the absence of these foreign powers, the country would be governed by its own people, mainly the many races that make up the nation. With these three main races comprising of the Malays, the Chinese and the Indians, the country of Malaysia was formed giving it a diversely ethnic view by outsiders. On May 13th, 1969, a devastating riot and inter-communal violence took place that shook the nation to its core despite receiving urges as well as public announcements from the government for all races to stand united. Fast forward 40 years into the future. The year is 2009 and the government has created a concept called 1Malaysia urging the citizens of Malaysia regardless of ethnicity to join together to become a nation under one flag. Does this not sound familiar? Have we not tried this approach 40 years ago?

Malaysia may not be as young and inexperienced as it once was, yet the citizens by all accounts seem to make it so. There are still illegal demonstrations being held by individual ethnic races. There are still many demeaning titles still being used to describe other races. Racism will always be a part of Malaysia no matter if it’s 1969 or 2009. The very idea of a nation that is made up of several different races to be joined hand-in-hand is a preposterous concept. Political parties are even divided into ethnic groups and as before are still vying for control of the nation. If the government itself cannot hope to unite its parliamentary leaders under one governing party regardless of ethnicity, how can the people ever hope to save itself from the typical conformity that is racism? Ethnic racism will always be an intricate part of Malaysian culture. Without racism, the main races that make up Malaysia will just be a bland and colorless mix of people. It is the ethnic difference of these races that makes Malaysia interesting and colorful. Holidays in Malaysia are primarily an important time in the calendars of every race in the country. The Malays celebrate Hari Raya, the Chinese celebrate Chinese New Year and the Indians celebrate Thaipusam as well as many other different sub-holidays respectively. These holidays are an excuse for people to congregate and for different ethnic races to mingle around with one another. Yet, at a miniscule sub-level of racism, these ethnic races pride themselves in their celebrations and rarely do they share it with other races. Because of this fact, the celebrations are kept personal and interesting. Imagine if the celebrations were to be made a multi-racial celebration with Chinese New Year sharing similarities with Thaipusam. It would not be a personal and emotionally prideful event. Malaysians pride themselves at being private and the only time that they allow themselves to be referred to in a group is when people are referring them as on nation which are Malaysians.

Up until this day and age, they pride themselves at being referred to by their individual respective races. When a government form is to be filled out, one of the compulsory questions needing to be filled is race. This just goes to show that at a certain level, the government is not yet ready to unite Malaysians under one nation. In a nutshell, Malaysians are a racist bunch of people. And because of that racism they are a better at who they are and what they do thus making the country into what it is today: a third world country that is fast approaching their goal for vision 2020. It is possible to achieve the country’s mission, but it is not possible to disperse the ethnic races and build them again as one nation without racism. Besides, Malaysians do share one common celebration and that is the public holidays.

Keris Sebagai Alter Ego & Kesilapan Perspektif di Kalangan Orang Melayu

Malam tadi aku membaca buku yang aku beli dari kedai buku Harris bertajuk ‘Di Balik Malaysia: Dari Majapahit ke Putrajaya’ tulisan Farish A. Noor dan di dalam buku tersebut ada beliau menulis mengenai keris yang pada masa kini disalah anggap dan pemimpin-pemimpin Melayu mengintepretasikan KERIS itu sebagai simbol perkauman.

Kritis... banyak isu-isu semasa dikupas dan diintepretasi menggunakan sejarah lama Tanah Melayu. (Gambar: Google Image)

Kritis... banyak isu-isu semasa dikupas dan diintepretasi menggunakan sejarah lama Tanah Melayu. (Gambar: Google Image)

Saya sangat tertarik kepada topik berkenaan sehinggakan saya ingin sama2 berkongsi di laman blog ini. Untuk mukadimmahnya, saya menceritakan sejarah asalnya keris itu.

Keris itu pada asalnya berasal semasa zaman Hindu-Buddhisme lagi dan ianya jelas berasal dari India jika

Unik... keunikkan hasil ciptaan keris serta asal-usulnya sangat menarik perhatian masyarakat. (Gambar: Google Image)

Unik... keunikkan hasil ciptaan keris serta asal-usulnya sangat menarik perhatian masyarakat. (Gambar: Google Image)

dilihat daripada perspektif kewujudan keris itu sendiri pada zaman itu. Keris juga bukanlah peralatan untuk berperang pada zaman dahulu. Jika diperhatikan pada jasad keris itu sendiri, berbanding alat lain yang ada pada zaman itu seperti tombak, parang, pedang dan sebagainya, adakah keris sesuai untuk berperang melainkan perlawanan satu lawan satu yang menggunakan senjata yang sama.

Jika diperhatikan pada zaman dahulu, kewujudan keris berkait rapat dengan amalan atau ideologi Tantraisme yang menjadikan keris itu lambang feminine atau kewanitaan kerana ideologi Tantraisme amat mengangkat martabat wanita. Sebab itulah keris dijadikan dua bahagian iaitu mata (hulu) dan sarung. Mata diibaratkan sebagai ‘lelaki’ dan sarungnya adalah ‘wanita’.

Jadi, bagi pencinta dan pengumpul keris atau yang mahir tentang keris berkata bahawa keris tidak boleh sewenang2nya dicabut dari sarungnya dan hanya orang yang tidak arif mengenai keris akan berbuat demikian.

Tetapi sekarang kita lihat, banyak persatuan-persatuan, pertubuhan serta parti-parti berhaluan kanan yang menjadikan senjata terutama keris sebagai lambang yang menunjukkan kononnya kelelakian dan ‘macho’nya mereka untuk membela sesuatu bangsa.

Juga mereka yang sewenang2nya mencabut keris, menghunuskan mata dikhalayak ramai di depan kamera disiarkan di tv. Ini sememangnya menjatuhkan lambang kemegahan keris dan keris yang dilihat sebagai lambang sejagat itu menjadi keris yang mempunyai alter ego dan keris yang melambangkan perkauman yang tidak sepatutnya cuba di bangkitkan lagi di Malaysia ini.

“Sesuatu yang kita fikirkan secara luar biasa pada hari ini mungkin akan menjadi biasa pada masa akan datang”… Sekian lain hari kita bicara. Wassalam.