20,000 SERTAI DEMONSTRASI ANTI-ISA: Mengapa ini terjadi?

SESAK... puluhan ribu manusia berhimpun pada demonstrasi anti-ISA di ibu kota - (gambar malaysiakini.com)

SESAK... puluhan ribu manusia berhimpun pada demonstrasi anti-ISA di ibu kota - (gambar malaysiakini.com)

Seramai 589 orang termasuk 44 remaja bawah umur 18 tahun dan 40 wanita ditangkap perhimpunanmenentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di beberapa tempat di tengah Kuala Lumpur sepanjang hari ini, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah. Perhimpunan dilaporkan bermula awal pagi di tengah ibu kota, iaitu di kompleks membeli-belah SOGO, sekitar Masjid Jamek, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Raja Laut, Dataran Merdeka, di Masjid Negara serta di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut dan dilaporkan berakhir pada lewat petang bertujuan untuk menyerahkan memorendum kepada yang Di-Pertuan Agong untuk membantah ISA serta dalam masa yang sama penyerahan memorendum daripada Gerakan PRO-ISA. Yang amat memeranjatkan saya adalah laporan penangkapan 44 remaja bawah umur 18 tahun ini. Ini menunjukkan bahawa masyarakat kita semakin terbuka minda dan kerajaan sepatutnya melihat ini sebagai satu perkara yang amat serius.

Mengapa ini terjadi??? Bukan peristiwa itu yang menjadi persoalan. Tetapi mengapa masih ada demonstrasi membantah ISA??? Ini bukan demonstrasi pertama yang dilakukan… Mengapa ia terjadi???

Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 yang lebih dikenali dengan akronim nama Bahasa Inggerisnya, Internal Secutity Act (ISA) merupakan akta atau undang-undang tahanan pencegahan yang masih lagi digunakan di Malaysia. Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 sebenarnya dirangka oleh R.H. Hickling pada awalnya. Kemudian ia dijadikan undang-undang pada tahun 1960. Semasa akta itu mula digunakan, ia membenarkan kajian semula, akan tetapi sejak itu, ISA telah dipinda sebanyak lebih daripada 20 kali dan peruntukan ini telah dikeluarkan. Kuasa mutlak telah diberikan kepada Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri membolehkan beliau menangkap sesiapa pun, tanpa merujuk kepada mahkamah.

BERJAGA... Polis beratur memastikan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku - (gambar malaysiakini.com)

BERJAGA... Polis beratur memastikan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku - (gambar malaysiakini.com)

Ramai mereka yang tidak mengetahui cara atau bagaimana penahanan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri ini. Mengikut ISA, sesiapa sahaja boleh ditahan oleh polis selama 60 hari tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang boleh mengancam keselamatan negara atau yang berkaitan dengannya. Selepas 60 hari, seseorang tahanan atau pesalah itu boleh ditahan lagi selama tempoh dua tahun jika diluluskan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, dan sekaligus membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan. Selain itu, penyeksaan merupakan sebahagian daripada kehidupan seharian tahanan ISA dan penyeksaan yang dilaporkan daripada mereka yang pernah menjadi tahanan ISA adalah seperti: dipukul, ditanggalkan pakaian, disoal siasat 24 jam, tidak dibenarkan tidur, ancaman bunuh dan ancaman rogol kepada anak mereka selain dikurung di dalam sel penjara kecil tanpa cahaya dan udara. Semua penyeksaan ini adalah bertujuan untuk menakutkan dan memalukan tahanan bagi membuat tahanan memberi segala maklumat yang diperlukan.

Semenjak tahun 1960 apabila Akta ini dikuatkuasakan, beribu-ribu orang termasuk ahli kesatuan sekerja, pemimpin pelajar, aktivis hak buruh, aktivis politik, golongan agama, ahli akademik dan aktivis badan bukan kerajaan telah ditahan di bawah ISA. Ramai aktivis politik pada masa dahulunya telah ditahan untuk lebih daripada sedekad.

Sememangnya ramai golongan di negara ini yang benar-benar tidak bersetuju dengan adanya akta ini. Tidak hairanlah perhimpunan serta demonstrasi dilakukan berkali-kali mengenai pembubaran akta ini supaya dilakukan kerajaan. Tetapi jika dilihat secara halus, demonstrasi ini tidak perlu dilakukan besar-besaran, sekadar duduk dan berbincang dengan Eksekutif Negara dan kemungkinan permasalahan ini dapt dirungkai sepenuhnya. Tetapi persoalaannya bolehkah ini terjadi?

Melalui pemerhatian saya, tidak mungkin akan berlaku kerana dapat dilihat dengan jelas bahawa Kerajaan Pusat tidak akan menghapuskan ISA. Tetapi jika kita lihat dengan lebih dalam berdasarkan sejarah

WAJAR... masih menjadi tanda tanya relevan atau tidak pada masa kini - (gambar google)

WAJAR... masih menjadi tanda tanya relevan atau tidak ISA pada masa kini - (gambar google)

lepas, ISA pada masa kini yang gunakan kerajaan sudah lari daripada landasan agenda sebenar penubuhan akta ini. Penubuhan akta ini adalah disebabkan perselisihan kaum yang berlaku di Malaysia. Tetapi pada masa kini ianya digunakan sewenang-wenangnya sehinggakan penulis blog yang hanya meluahkan pendapat beliau yang penuh dengan fakta  dan isi yang benar ditahan dan meringkuk akibat akta ini. Saya sendiri tidak bersetuju dengan cara ISA ini serta relevannya ISA pada zaman ini yang juga dikritik hebat oleh kuasa-kuasa barat. Ini kerana, bagi saya yang masa depan sebagai seorang wartawan, apa yang saya mahukan adalah kebebasan dalam media dapat dipertingkatkan  di negara ini. Ini kerana, bagi saya, kebebasan media merupakan salah satu aset untuk memajukan negara. Mengapa negara-negara yang mengamalkan kebebasan media masih boleh berdiri tegak?

Bagi saya akta seperti ISA ini boleh dilaksanakan tetapi harus diubah cara pelaksanaannya. Seperti penahanan 60 hari tanpa bicara itu tidak perlu bagi saya kerana dalam negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen ini, rakyat berhak menyuarakan hak mereka dan jika mereka benar-benar bersalah, berikan mereka ruang untuk mereka bersuara tidak kira melalui mahkamah, atau medium lain untuk mereka membuktikan atau menjelaskan perkara sebenarnya. Bukan dengan hanya menangkap, campakkan mereka ke tahanan dan diam begitu sahaja.

Kerajaan melalui kementerian berkaitan perlu segera mencari serta menyediakan penjelasan yang sewajarnya yang mampu mengembalikan semula keyakinan rakyat dalam proses menjadikan Malaysia negara maju serta merealisasikan konsep SATU Malaysia yang sedang heboh diperkatakan. Sememangnya selagi tidak ada persidangan meja bulat antara Eksekutif Negara serta Eksekutif Pembangkang, isu ini bagi saya akan berlanjutan hampir 50 tahun akan datang.

“Sesuatu yang kita fikirkan secara luar biasa pada hari ini mungkin akan menjadi biasa pada masa akan datang”… Sekian lain hari kita bicara. Wassalam.

ONE MALAYSIA

 

One... New concept by our Prime Minister

One... New concept by our Prime Minister-google

 Yes, thats a new campaign which I hope could help educate my audience, the internal audience on the downstream of the 1Malaysia concept.

As far as this particular ministry is concerned, I like to put in a small piece (as my contribution) into the big picture — that 1Malaysia Begins From 1Region. After all, we are Ministry of Rural and Regional Development…

Hence, We are 1 Region, 1Malaysia…1Malaysia Begins From 1Region…

Lambatnya Kerajaan Menangani H1N1

 

Kematian demi kematian dilaporkan, puluhan demi puluhan kes bertambah saban hari. Di dada akhbar, segalanya membuat perkiraan mengenai jumlah peningkatan pesakit yang meghidap Influenza A (H1N1). Rakyat Malaysia sudah menjadi takut dan phobia dengan virus ini yang semakin menular bukan sahaja di Malaysia malah di serata Dunia.

CEGAH... pemakaian topeng muka antara langkah pencegahan H1N1

CEGAH... Pemakaian topeng muka antara langkah mencegah H1N1-google

Namun persoalannya kini, apa langkah yang dilakukan kerajaan? Hanya menyatakan bahawa rakyat tidak perlu risau dengan virus ini kerana ianya boleh dikawal dan boleh dicegah. Bermula daripada kes kematian pertama di Malaysia, kerajaan melalui Kementerian Kesihatan sepatutnya mewajibkan pemakaian topeng muka terhadap semua rakyat di negara ini. Jangan sampai kematian mencapai tahap yang membimbangkan barulah kerajaan akan mengambil tindakan drastik seperti kes runtuhan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Terengganu.

Harapan semoga kerajaan mengambil berat terhadap isu dan fenomena ini dengan melaksanakan segala langkah yang perlu untuk mencegah daripada awal.

“Apa yang kita fikirkan secara luar biasa hari ini mungkin akan menjadi biasa pada masa akan datang”… Lain hari kita bicara… Wassalam.

B.A.N.G.S.A

Semua di antara kita pernah terfikir atau tidak…
Adakah istilah ‘Bangsa’ secara umumnya dan ‘Bangsa Melayu’ khususnya memang wujud dari dahulu lagi?

Di dalam buku “Di Balik Malaysia: Dari Majapahit ke Putrajaya” ada menyatakan bahawa wujudnya pembahagian ‘bangsa’ yang berbeza-beza di Asia adalah hasil ciptaan penjajah dan sebelum ini, seluruh penduduk di rantau ini tidak menganggap mereka berasal daripada sesuatu kaum atau bangsa tertentu. Semua ini adalah hasil daripada idea penjajah yang ingin melaksanakan sistem kolonialisme atau pecah dan perintah. Sememangnya idea ini jika diperinci dengan teliti adalah idea bijak pihak penjajah untuk menjajah sesebuah masyarakat atau negara selama-lamanya, tanpa sebarang tempoh masa yang ditentukan dan tidak akan dapat dilihat dengan mata kasar. Kesannya kita sendiri mampu melihatnya tidak kira dari aspek perundangan, cara pemerintahan dan sebagainya.

Pada masa dahulu tidak wujud perkataan atau istilah ‘bangsa melayu’, ‘bangsa cina’, ‘bangsa india’ dan sebagainya. Selepas kedatangan Baratlah baru penduduk di rantau ini dipecahbelahkan. Jika diperhatikan dengan teliti, tidak ada satu naskhah pun hikayat yang ditulis sebelum abad ke-19 yang menggunakan istilah ‘bangsa’ atau menggelarkan orang di Tanah Melayu sebagai ‘bangsa melayu’ dalam sesuatu hikayat.

Rencana ini bukanlah saya tulis untuk memburukkan bangsa saya sendiri tetapi saya ingin berkongsi dan ingin membuatkan pembaca sama-sama berfikir tentang apa yang saya fikirkan dan sama-samalah kita melangkah keluar dari kotak pemikiran manusia biasa berfikir.

“Sesuatu yang kita fikirkan secara luar biasa pada hari ini mungkin akan menjadi biasa pada masa akan datang”… Lain hari kita bicara. Wassalam

Hello world!

Hello. Assalamualaikum.

Pertama2 kali membuka tinta bicara di WordPress. Satu laman blog yang belum pernah saya terajui lagi dan sehinggalah hari ini. Sebelum ini bergiat aktif di laman blogspot (puterareform.blogspot.com).

Nantikanlah rencana-rencana yang bakal ditulis oleh saya, tidaklah sehebat mana tetapi bak kata orang mampu sedikit sebanyak mengasah minda pembaca 😛

Sekian, nantikan ‘posting’ seterusnya. “Lain hari kita bicara”. Wassalam.